11 Julai 2025, (Kuantan) – Sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat UnIPSAS 1447H yang berlangsung di Masjid UnIPSAS, pihak Bank Rakyat telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 bagi membantu kebajikan pelajar asnaf universiti.
Penyerahan replika cek telah dilakukan dalam sesi akhir majlis dan diterima oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Majlis disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang serta YH. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS.
Dalam majlis sama, turut diadakan penyerahan kad i-debit Bank Rakyat kepada pelajar penerima PTPTN, yang diwakili oleh Saudara Muhammad Nazirul Amin bin Mohammad Nadzri, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UnIPSAS.
UnIPSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Bank Rakyat atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan.



