KUANTAN, 5 Julai 2025 – Suasana ceria dan penuh semangat kerjasama mewarnai persekitaran KAFA Ubudiah Taman Guru apabila satu aktiviti gotong-royong telah dianjurkan bagi menceriakan halaman sekolah dan memupuk nilai murni dalam kalangan komuniti.
Program ini turut mendapat penyertaan dua orang pelajar dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), mewakili program Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan, iaitu Saudara Ammar Asyraf bin Rohazan dan Saudara Wan Mohamad Aizat bin Wan Mahadi.
Kehadiran mereka bukan sahaja menyuntik semangat kepada para peserta, malah turut menyerlahkan komitmen UnIPSAS dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat setempat melalui nilai keterampilan, kebajikan, dan kerja komuniti.
Aktiviti sebegini diharap dapat diteruskan secara berterusan sebagai platform menyemai nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri.
