KUANTAN, 4 Julai 2025 – Seramai 30 orang pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah menyertai Majlis Bandaraya Kuantan Berselawat bersempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan.
Majlis anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Pahang, bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Turut hadir mengiringi pelajar ialah Encik Khairul Rijal bin Dato’ Haji Abdu Rahman dan Encik Mohamed Ehsan bin Abdul Majid Khan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA).
Pengangkutan disediakan oleh pihak HEPA dan majlis bermula dari jam 8.45 malam hingga 11.00 malam. Kehadiran pelajar turut memeriahkan suasana bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan serta masyarakat setempat.
