+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

SKOP

Untuk ibubapa pelajar termasuklah orang awam yang berkepentingan.

Untuk pelajar KUIPSAS yang masih menuntut dan berdaftar di KUIPSAS.

Untuk kakitangan yang menguruskan pelajar terutama yang berkaitan dengan member perkhidmatan dan menyelaras aktiviti pelajar.

Untuk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang berkaitan dengan pelajar.

Untuk organisasi tempatan dan antarabangsa yang melibatkan pelajar KUIPSAS.

VISI

Menyediakan pengurusan, perkhidmatan dan pembangunan pelajar yang terbaik dan bersahsiah mulia.

MISI

Komited untuk mencapai wawasan bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berketrampilan dengan menyediakan pengurusan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.

Objektif

  • Mengorientasi pelajar baru dengan cara yang berkesan supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
  • Mengatur program-program   kesedaran dan pembangunan pelajar untuk memperkayakan pengalaman di kampus.
  • Merancang, menyelaras dan memantau segala aktiviti pelajar bersama mesyarakat selaras dengan dasar Kolej.
  • Merancang aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kampus.
  • Mengurus dan menguatkuasa peraturan pelajar supaya dapat meminimakan masalah disiplin di kalangan pelajar.
  • Mengurus dan menyediakan kediaman pelajar yang selamat dan selesa untuk didiami serta menjaga kebajikan pelajar selaras dengan kehendak dan keperluan kebajikan mereka
  • Membimbing dan membentuk sahsiah pelajar sesuai dengan kehendak agama Islam dan budaya tempatan.
  • Memantap dan menggerakkan persatuan Alumni KUIPSAS supaya boleh menyumbang semula kepada pelajar-pelajar semasa khasnya dan komuniti sekitar amnya.
  • Menguruskan kebajikan pelajar antarabangsa melalui orientasi budaya dan peraturan tempatan, bimbingan kesejahteraan dan keselamatan serta kehidupan sosial dan harian mereka.
  • Menggerakkan aktiviti pengantarabangsaan bagi memberi peluang pelajar membina jaringan perhubungan dan mempelajari persekitaran dan budaya asing.

CARTA ORGANISASI

Loading...